Thursday, November 7, 2013

Hari Anugerah Cemerlang 2013

Tahniah!!!!.

Ucapan tahniah kepada semua penerima hadiah sempena hari anugerah cemerlang pada 9.11.2013. Gandakan usaha anda untuk menjadi yang terbaik pada masa depan.

Sekian, terima kasih. 

Friday, August 30, 2013

Ambang Merdeka SK Salak South.

Merdeka, merdeka, merdeka yang ke 56.

Tahniah Malaysia.







Saturday, August 24, 2013

Ujian Kemahiran 2 2013.

Diharap semua murid dapat membuat persediaan Ujian Kemahiran 2 pada minggu depan. 

Tuesday, July 30, 2013

Selamat Hari Raya

Salam sejahtera kepada warga SKSS.

Sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini, pihak panitia mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin kepada semua warga SKSS.

Ikhlas dari ahli Panitia Matematik.

Mohd Asrol Hizam
Norleley
Sazali
Wong Phooi Yee
Mazniwati
Fairizal Ikhwnizam
Kamarul Sharlida

Sekian, terima kasih.



Ujian Percubaan UPSR 2013

Salam sejahtera kepada warga SKSS.

Kepada murid-murid tahun 6 yang telah selesai menduduki ujian percubaan diucapkan tahniah kerana dapat menjawab soalan Matematik dengan baik.

Walaupun begitu, pencapaian hendaklah ditingkatkan untuk ujian akan datang dan UPSR supaya dapat memperbaiki gred anda.

Tempoh cuti perlu digunakan sebaik mungkin untuk membuat ulangkaji dan memperkemaskan diri anda menghadapi UPSR.

Sekain, terima kasih. 

Tuesday, July 2, 2013

Percubaan UPSR 2013.

Kepada nurid-murid tahun 6,  peperiksaan percubaan UPSR akan diadakan pada hujung bulan Julai,  diharap murid-murid dapat melakukan ulangkaji dan memantapkan diri anda untuk menghadapi ujian ini serta memperbaiki prestasi anda.


Sekian, terima kasih.

Tuesday, June 11, 2013

Ujian PKSR 1 2013

Kepada murid-murid tahun 4, 5 dan 6 diucapkan tahniah kerana dapat menduduki ujian PKSR 1 sebelum cuti pertengahan tahun yang lalu.

Kertas ujian mulai diserahkan kepada murid-murid mulai minggu ini dan murid-murid di harap dapat menilai keputusan anda untuk mata pelajaran Matematik.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, April 3, 2013

Aktiviti Minggu Matematik 2013

Gambar semasa Minggu Matematik yang disertai oleh murid-murid SKSS. 





Tuesday, April 2, 2013

Selamat Kembali ke SKSS

Selamat kembali semula ke SKSS kepada semua warga sekolah. Kepada murid-murid diharap melengkapkan kerja rumah yang diberikan semasa cutri sekolah.

Kepada murid-murid Tahun 6, ujian Diagnostik akan diadakan pada bulan April ini. Sila buat ulangkaji supaya peningkatan prestasi anda lebih baik dari Intervensi 2.

Sekian, terima kasih.  

Friday, March 22, 2013

Cuti Sekolah Bulan Mac 2013

Panitia Matematik mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga sekolah.

Minggu panitia Matematik 2013

Minggu panitia telah berjalan selama 1 minggu bermula pada 5 Mac 2013 - 9 Mac 2013.
aktiviti dijalankan dibahagikan kepada tahap 1 dan 2.

Aktiviti yang dijalankan seperti berikut:

Kuiz lisan.
Teka silang kata.
Fakta asas.

Aktiviti melibatkan semua murid dan dijalankan di dalam kelas dan dewan terbuka sekolah.
Terima kasih kepada pihak pentadbir dan guru-guru  yang memberikan kerjasama menjayakan minggu Matematik kali ini.

Sekian, terima kasih.

Thursday, July 19, 2012

Bengkel Matematik Tahun 6

Bengkel Matematik telah dijalankan pada hari Rabu 18 Julai 2012 bermula jam 11.00 a.m hingga 1.30 p.m.
Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai teknik menjawab soalan dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum menghadapi peperiksaan.

Sambutan daripada murid-murid menggalakkan dengan memberi tumpuan sepanjang bengkel berlangsung. Selain itu ia juga dapat memberi pendedahan awal untuk menghadapi percubaan UPSR pada minggu hadapan.


Sekian, terima kasih. 
  

Friday, July 13, 2012

Percubaan UPSR 2012

Kepada semua Tahun 6,

Peperiksaan percubaan UPSR akan bermula pada 24 Julai 2012, di harap semua murid bersedia dengan membuat ulangkaji topik-topik yang berkaitan.

Sekian, terima kasih

Tuesday, May 8, 2012

PKSR 1

Kepada semua murid-murid dapat membuat ulangkaji untuk menghadapi PKSR yang akan bermula pada 21 Mei 2012.

Dengan membuat ulangkaji dan menghafal sifir dengan konsisten dapat membantu anda mencapai keputusan yang cemerlang dan meningkatkan peratus lulus mata pelajaran Matematik. Langkah awal perlu diambil dengan mengenalpasti topik yang perlu diberi perhatian.

Melalui ujian ini juga murid-murid dapat membuat penilaian tentang kefahaman mereka terhadap topik-toik yang telah dipelajari.  


Sekian, terima kasih

Thursday, May 3, 2012

Sekitar Minggu Matematik 2012

Terima kasih kepada semua murid yang mengambil bahagian semasa berlangsungnya minggu Matematik. Tidak lupa juga kepada guru-guru yang menjayakan minggu Matematik. 

Setiap aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan yang baik seperti kuiz lisan pada tahun ini dijalankan secara terbuka di mana semua murid berpeluang untuk melibatkan diri. Pada tahun sebelum ini, hanya murid-murid yang terpilih akan mewakili kelas masing-masing. Perubahan ini untuk menaikkan semangat murid-murid untuk mempelajari mata pelajaran Matematik dengan gigih.

Tidak lupa juga kepada pihak pengurusan sekolah yang memberikan idea dan sokongan untuk menjayakan minggu Matematik ini.

Sekian, terima kasih 

Thursday, April 12, 2012

Ujian Diagnostik 2012

Kepada murid-murid tahun 6 ujian diagnostik akan diadakan pada 23 April 2012. Diharap murid-murid dapat membuat ulangkaji topik-topik yang telah dipelajari sebelum ini.

Prestasi ujian dapat ditingkatkan demi kecemerlangan SK Salak South.

Sekian, terima kasih.

Terima Kasih

Kepada semua guru-guru Matematik, jutaan terima kasih diucapkan kerana hadir mesyuarat panitia kali ke 2, semoga perkara yang dibincangkan akan memberi faedah dan meningkatkan prestasi murid-murid.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, April 4, 2012

Mesyuarat Panitia Matematik Ke 2

Umtuk makluman semua guru Matematik, mensyuarat kali ke 2 akan berlangsung pada minggu hadapan:

Tarikh : 10 april 2012
Masa : 2.00 pm
Tempat : Bilik Mesyuarat SKSS

Kehadiran tuan/puan dialu-alukan untuk membincangkan hal-hal untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran Matematik murid-murid.

Sekian, terima kasih.

Monday, April 2, 2012

Ujian Intervensi 2012 Tahun 6

Kepada semua murid tahun 6 yang telah menduduki Ujian Intervensi yang baru selesai, di harap dapat menjawab soalan dengan baik.

Ujian ini akan dianalisa untuk mengenalpasti kelemahan dan langkah seterusnya akan diambil untuk memantapkan lagi keputusan untuk ujian yang berikutnya. Jika ada sebarang masalah, boleh merujuk dengan mentor masing-masing atau pun guru kelas tambahan.

Sekian, terima kasih.