Tuesday, May 8, 2012

PKSR 1

Kepada semua murid-murid dapat membuat ulangkaji untuk menghadapi PKSR yang akan bermula pada 21 Mei 2012.

Dengan membuat ulangkaji dan menghafal sifir dengan konsisten dapat membantu anda mencapai keputusan yang cemerlang dan meningkatkan peratus lulus mata pelajaran Matematik. Langkah awal perlu diambil dengan mengenalpasti topik yang perlu diberi perhatian.

Melalui ujian ini juga murid-murid dapat membuat penilaian tentang kefahaman mereka terhadap topik-toik yang telah dipelajari.  


Sekian, terima kasih

Thursday, May 3, 2012

Sekitar Minggu Matematik 2012

Terima kasih kepada semua murid yang mengambil bahagian semasa berlangsungnya minggu Matematik. Tidak lupa juga kepada guru-guru yang menjayakan minggu Matematik. 

Setiap aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan yang baik seperti kuiz lisan pada tahun ini dijalankan secara terbuka di mana semua murid berpeluang untuk melibatkan diri. Pada tahun sebelum ini, hanya murid-murid yang terpilih akan mewakili kelas masing-masing. Perubahan ini untuk menaikkan semangat murid-murid untuk mempelajari mata pelajaran Matematik dengan gigih.

Tidak lupa juga kepada pihak pengurusan sekolah yang memberikan idea dan sokongan untuk menjayakan minggu Matematik ini.

Sekian, terima kasih