Thursday, July 19, 2012

Bengkel Matematik Tahun 6

Bengkel Matematik telah dijalankan pada hari Rabu 18 Julai 2012 bermula jam 11.00 a.m hingga 1.30 p.m.
Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai teknik menjawab soalan dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum menghadapi peperiksaan.

Sambutan daripada murid-murid menggalakkan dengan memberi tumpuan sepanjang bengkel berlangsung. Selain itu ia juga dapat memberi pendedahan awal untuk menghadapi percubaan UPSR pada minggu hadapan.


Sekian, terima kasih. 
  

Friday, July 13, 2012

Percubaan UPSR 2012

Kepada semua Tahun 6,

Peperiksaan percubaan UPSR akan bermula pada 24 Julai 2012, di harap semua murid bersedia dengan membuat ulangkaji topik-topik yang berkaitan.

Sekian, terima kasih

Tuesday, May 8, 2012

PKSR 1

Kepada semua murid-murid dapat membuat ulangkaji untuk menghadapi PKSR yang akan bermula pada 21 Mei 2012.

Dengan membuat ulangkaji dan menghafal sifir dengan konsisten dapat membantu anda mencapai keputusan yang cemerlang dan meningkatkan peratus lulus mata pelajaran Matematik. Langkah awal perlu diambil dengan mengenalpasti topik yang perlu diberi perhatian.

Melalui ujian ini juga murid-murid dapat membuat penilaian tentang kefahaman mereka terhadap topik-toik yang telah dipelajari.  


Sekian, terima kasih

Thursday, May 3, 2012

Sekitar Minggu Matematik 2012

Terima kasih kepada semua murid yang mengambil bahagian semasa berlangsungnya minggu Matematik. Tidak lupa juga kepada guru-guru yang menjayakan minggu Matematik. 

Setiap aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan yang baik seperti kuiz lisan pada tahun ini dijalankan secara terbuka di mana semua murid berpeluang untuk melibatkan diri. Pada tahun sebelum ini, hanya murid-murid yang terpilih akan mewakili kelas masing-masing. Perubahan ini untuk menaikkan semangat murid-murid untuk mempelajari mata pelajaran Matematik dengan gigih.

Tidak lupa juga kepada pihak pengurusan sekolah yang memberikan idea dan sokongan untuk menjayakan minggu Matematik ini.

Sekian, terima kasih 

Thursday, April 12, 2012

Ujian Diagnostik 2012

Kepada murid-murid tahun 6 ujian diagnostik akan diadakan pada 23 April 2012. Diharap murid-murid dapat membuat ulangkaji topik-topik yang telah dipelajari sebelum ini.

Prestasi ujian dapat ditingkatkan demi kecemerlangan SK Salak South.

Sekian, terima kasih.

Terima Kasih

Kepada semua guru-guru Matematik, jutaan terima kasih diucapkan kerana hadir mesyuarat panitia kali ke 2, semoga perkara yang dibincangkan akan memberi faedah dan meningkatkan prestasi murid-murid.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, April 4, 2012

Mesyuarat Panitia Matematik Ke 2

Umtuk makluman semua guru Matematik, mensyuarat kali ke 2 akan berlangsung pada minggu hadapan:

Tarikh : 10 april 2012
Masa : 2.00 pm
Tempat : Bilik Mesyuarat SKSS

Kehadiran tuan/puan dialu-alukan untuk membincangkan hal-hal untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran Matematik murid-murid.

Sekian, terima kasih.

Monday, April 2, 2012

Ujian Intervensi 2012 Tahun 6

Kepada semua murid tahun 6 yang telah menduduki Ujian Intervensi yang baru selesai, di harap dapat menjawab soalan dengan baik.

Ujian ini akan dianalisa untuk mengenalpasti kelemahan dan langkah seterusnya akan diambil untuk memantapkan lagi keputusan untuk ujian yang berikutnya. Jika ada sebarang masalah, boleh merujuk dengan mentor masing-masing atau pun guru kelas tambahan.

Sekian, terima kasih.


Thursday, March 22, 2012

Minggu Matematik 2012

Minggu Matematik telah berjalan sebelum cuti persekolahan yang lalu melibatkan semua murid-murid.

Penglibatan yang amat menggalakkan menunjukkan murid-murid mempunyai minat yang tinggi terhadap mata pelajaran Matmatik.

Kepada semua guru-guru yang terlibat diucapkan terima kasih.

Sekian.