Tuesday, May 10, 2011

Ujian PKSR 1 2011

Makluman kepada semua murid, ujian PKSR 1 akan bermula pada 23 Mei 2011, iaitu 12 hari lagi dari sekarang.

Para guru berharap murid-murid dapat membuat ulang kaji dan latih tubi serta bertanya kepada guru sekiranya terdapat sebarang masalah.

Sekian.

Sambutan Minggu Matematik 2011 Kembali Lagi


Pelancaran minggu Sains dan Matematik Tahun 2011 telah disempurnakan oleh En. Mohd. Amin B. Abu, Guru Besar SKSS pada hari Isnin 9 Mei 2011.

Pelancaran yang serba ringkas itu berjaya dilaksanakan bersama-sama dengan Panitia Sains. Terima kasih kepada semua guru dan murid yang menjayakan pelancaran minggu Matematik ini.