Tuesday, May 25, 2010

Penyampaian Hadiah Bulan Matematik 2010

Penyampaian hadiah telah dijalankan pada 17 Mei 2010 semasa perhimpunan rasmi. Hadiah disampaikan oleh En. Mohd. Amin B. Abu, Guru Besar SK Salak South.

Kepada semua murid dan guru diucapkan berbanyak terima kasih kerana memberi sokongan menjayakan Bulan Matematik.

Sekian, terima kasih/.

Thursday, May 6, 2010

Bulan Matematik

Bulan Matematik sedang berjalan dan aktiviti untuk murid-murid tahap 1 dan 2 telah dijalankan.

Pemarkahan untuk sudut Matematik di dalam kelas akan diadili pada 13 Mei 2010 oleh para pentadbir sekolah.

Kutipan dana untuk bulan Matematik melalui jualan kupon teka kacang amat menggalakkan dan pihak panitia mengucapkan terima kasih di atas belian yang dilakukan oleh murid-murid dan guru.

Sokongan anda semua amat dihargai.

Aktiviti Mingguan Matematik

Guru yang bertugas pada bulan Mei ialah En. Fairizal Ikhwanizam B. Zakaria. Tarikh seperti berikut:
5 Mei
12 Mei
19 Mei
26 Mei

Pihak panitia berharap semua murid dapat memberikan tumpuan yang baik sebagai persediaan untuk PKSR 1 pada bulan Mei ini.

Kepada Pn. Mazniwati,pihak panitia mengucapkan terima kasih di atas aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada bulan April.