Sunday, March 28, 2010

Selamat Datang ke SK Salak South

Kepada guru-guru praktikum yang menjalani latihan praktikum untuk mata pelajaran Matematik bermula pada 22 Mac 2010, pihak panitia mengucapkan selamat menjalani latihan praktikum.

Pihak panitia berharap murid-murid dan guru-guru dapat memberi kerjasama kepada mereka sepanjang berada di SK Salak South.

Sekian.





Thursday, March 25, 2010

Aktiviti Mingguan Panitia Matematik

Aktiviti mingguan panitia dijalankan pada setiap pagi hari Rabu. Guru yang bertugas akan menjalankan aktiviti Matematik untuk memberi keseronokan kepada murid-murid untuk belajar Matematik.

Aktiviti ini telah bermula pada minggu pertama bulan Februari dan masih lagi berjalan. Kepada Pn. Norleley yang bertugas pada bulan ini diucapkan berbanyak terima kasih kerana dapat menjalankan aktiviti dengan berkesan sekali.

Kepada murid-murid tahun 6, perkemaskan diri anda untuk Ujian Diagnostik pada bulan April ini.

Sekian.



Saturday, March 6, 2010

Ujian Bulanan Pertama


Ujian bulanan pertama akan dijalankan pada minggu hadapan, 9 mac 2010.
Kami guru-guru mata pelajaran Matematik amat berharap murid-murid dapat menjawab soalan dengan penuh tekun dan berhati-hati.

Untuk tahun 6, berusahalah bersungguh-sungguh dan tingkatkan pencapaian anda supaya markah yang diperolehi melebihi sasaran ujian Intervensi 2 yang lalu.

Sekian,
Guru-guru Matematik SKSS