Saturday, October 16, 2010

PKSR 2 Tahun 2010

Kepada semua murid SKSS, selamat menduduki PKSR 2 yang akan bermula minggu depan 18 Oktober 2010. Pihak panitia berharap murid-murid dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang untuk semua mata pelajaran.

Sekian.

Selamat Bersara

Panitia Matematik mengucapkan selamat bersara kepada Puan Salmiah Bt.Mohd. Tahir. Sumbangan dan bantuan semasa beliau berkhidmat di SKSS amat kami hargai. Pihak panitia juga momohon maaf sekiranya ada berlaku perkara yang disedari dan tidak disedari semasa beliau berkhidmat di SKSS.

Sekian.





Tuesday, August 10, 2010

Selamat Bersara

Panitia Matematik mengambil kesempatan mengucapkan selamat bersara kepada Penolong Kanan Ko Kurikulum, en. Mah Tuk Chin.

Semua ahli panitia memohon maaf sekiranya ada berlaku kesalahan sepanjang En. MAh Tuk Chin berkhidmat di sini.

Sekian.

Tuesday, August 3, 2010

Aktiviti Mingguan Panitia Matematik

Aktiviti mingguan pada bulan Ogos akan dikendalikan oleh Cik Nurul Husna.
Beliau akan bertugas pada:

4 Ogos 2010
11 Ogos 2010
18 Ogos 2010
25 Ogos 2010

Kerjasama daripada murid-murid diharapkan untuk menjayakan aktiviti mingguan ini.

Sekian.






Tahniah

Panitia Matematik mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan percubaan yang lalu. Teruskan lagi usaha anda.

Tuesday, July 6, 2010

Peperiksaan Percubaan UPSR 2010

Makluman untuk murid-murid Tahun 6, peperiksaan Percubaan UPSR akan dijalankan pada 27 Julai 2010. Pihak panitia berharap murid-murid dapat membuat persediaan awal agar memperolehi keputusan yang lebih baik dari Ujian Intervensi 3 yang lalu.

Sekian.

Aktiviti Mingguan Matematik

Aktiviti mingguan pada bulan Julai akan dikendalikan oleh Cik Wong. Cik Wong akan bertugas pada:

7 Julai 2010
14 Julai 2010
21 Julai 2010
28 Julai 2010

Pihak panitia berharap murid-murid akan memberikan kerjasama yang memuaskan.
Sekian.


Tuesday, May 25, 2010

Penyampaian Hadiah Bulan Matematik 2010

Penyampaian hadiah telah dijalankan pada 17 Mei 2010 semasa perhimpunan rasmi. Hadiah disampaikan oleh En. Mohd. Amin B. Abu, Guru Besar SK Salak South.

Kepada semua murid dan guru diucapkan berbanyak terima kasih kerana memberi sokongan menjayakan Bulan Matematik.

Sekian, terima kasih/.

Thursday, May 6, 2010

Bulan Matematik

Bulan Matematik sedang berjalan dan aktiviti untuk murid-murid tahap 1 dan 2 telah dijalankan.

Pemarkahan untuk sudut Matematik di dalam kelas akan diadili pada 13 Mei 2010 oleh para pentadbir sekolah.

Kutipan dana untuk bulan Matematik melalui jualan kupon teka kacang amat menggalakkan dan pihak panitia mengucapkan terima kasih di atas belian yang dilakukan oleh murid-murid dan guru.

Sokongan anda semua amat dihargai.

Aktiviti Mingguan Matematik

Guru yang bertugas pada bulan Mei ialah En. Fairizal Ikhwanizam B. Zakaria. Tarikh seperti berikut:
5 Mei
12 Mei
19 Mei
26 Mei

Pihak panitia berharap semua murid dapat memberikan tumpuan yang baik sebagai persediaan untuk PKSR 1 pada bulan Mei ini.

Kepada Pn. Mazniwati,pihak panitia mengucapkan terima kasih di atas aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada bulan April.

Monday, April 12, 2010

Bulan Matematik 2010

Bulan Matematik akan dilancarkan pada 19 April 2010 semasa perhimpunan rasmi hari Isnin. Beberapa aktiviti akan dijalankan dan pihak panitia berharap semua murid dapat memberikan kerjasama dan mengambil bahagian di dalam aktiviti yang dirancang.




Thursday, April 8, 2010

Aktiviti Mingguan Matematik



Aktiviti Panitia Matematik yang dijalankan pada hari Rabu pagi setiap minggu. Ada dimuatkan gambar untuk tatapan warga sekolah.




Sekian.



Tuesday, April 6, 2010

Mesyuarat Bulan Matematik

Makluman kepada semua guru Matematik.

Satu mesyuarat akan dijalankan membincangkan tentang Bulan Matematik yang akan dijalankan pada 19 April 2010. Butiran mesyuarat adalah seperti berikut:

Tarikh : 9 April 2010

Tempat : Bilik Mesyuarat

Masa : 12.05 p.m

Hari : Jumaat

Kehadiran : Wajib

Sebarang pertanyaandan cadangan, sila berhubung dengan Ketua Panitia atau
e-mail: panitiamateskss@gmail.com


Sekian.






Aktiviti Mingguan Panitia.

Guru bertugas pada bulan April ialah Pn. Mazniwati. Beliau akan memberi penekanan kepada fakta asas dan kuiz.

Beliau akan bertugas pada:

7 April 2010
14 April 2010
21 April 2010
28 April 2010

Diharapkan semua mrid akan memberi kerjasama dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan.

Sekian.




Sunday, March 28, 2010

Selamat Datang ke SK Salak South

Kepada guru-guru praktikum yang menjalani latihan praktikum untuk mata pelajaran Matematik bermula pada 22 Mac 2010, pihak panitia mengucapkan selamat menjalani latihan praktikum.

Pihak panitia berharap murid-murid dan guru-guru dapat memberi kerjasama kepada mereka sepanjang berada di SK Salak South.

Sekian.





Thursday, March 25, 2010

Aktiviti Mingguan Panitia Matematik

Aktiviti mingguan panitia dijalankan pada setiap pagi hari Rabu. Guru yang bertugas akan menjalankan aktiviti Matematik untuk memberi keseronokan kepada murid-murid untuk belajar Matematik.

Aktiviti ini telah bermula pada minggu pertama bulan Februari dan masih lagi berjalan. Kepada Pn. Norleley yang bertugas pada bulan ini diucapkan berbanyak terima kasih kerana dapat menjalankan aktiviti dengan berkesan sekali.

Kepada murid-murid tahun 6, perkemaskan diri anda untuk Ujian Diagnostik pada bulan April ini.

Sekian.



Saturday, March 6, 2010

Ujian Bulanan Pertama


Ujian bulanan pertama akan dijalankan pada minggu hadapan, 9 mac 2010.
Kami guru-guru mata pelajaran Matematik amat berharap murid-murid dapat menjawab soalan dengan penuh tekun dan berhati-hati.

Untuk tahun 6, berusahalah bersungguh-sungguh dan tingkatkan pencapaian anda supaya markah yang diperolehi melebihi sasaran ujian Intervensi 2 yang lalu.

Sekian,
Guru-guru Matematik SKSS